fbpx
Deretan rumah terbakar susulan serangan di Woro, negeri Kwara pada 5 Februari lalu. - AFP

Lebih 40 terbunuh, kampung diserang geng bersenjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ABUJA – Kumpulan lelaki bersenjata yang menunggang motosikal menyerbu masuk ke tiga buah kampung di wilayah tengah Nigeria, menembak mati dan mengelar leher sekurang-kurangnya 46 orang, kata sumber kemanusiaan kepada AFP semalam.

Satu laporan keselamatan yang dilihat oleh AFP mengatakan bahawa penyerang menggunakan 41 buah motosikal, dengan setiap satu membawa dua atau tiga orang.

Tiga buah kampung yang disasarkan oleh kumpulan tersebut adalah sebahagian daripada kawasan kerajaan tempatan Borgu di negeri Niger. Ia terletak di sempadan negeri Kwara, di mana kumpulan pelampau membunuh lebih 160 orang dalam serangan awal bulan ini.

Serangan paling berdarah berlaku di kampung Konkoso, di mana sekurang-kurangnya 38 orang ditembak mati atau leher mereka dikelar, kata sumber kemanusiaan itu kepada AFP.

“Kebanyakan rumah di kampung itu dibakar dan selain daripada yang disahkan meninggal dunia, sejumlah mayat lain ditemukan,” kata sumber itu.

Seorang jurucakap polis negeri Niger memberitahu AFP bahawa enam orang terbunuh di Tungan Makeri apabila lelaki bersenjata itu menyerbu kampung tersebut sekitar pukukl 6 pagi (waktu tempatan).

“Beberapa rumah dibakar, manakala bilangan orang yang belum ditentukan telah diculik. Pegawai sedang mencari maklumat tentang serangan ke atas dua kampung lain,” kata jurucakap polis.

Sempadan antara negeri Kwara dan Niger menempatkan Hutan Kainji iaitu tempat perlindungan yang diketahui untuk penyamun dan kumpulan pelampau. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI