fbpx
SUDAH-sudahlah mendabik dada menjadikan mana-mana konsert yang kalian tonton sebagai konsert terbaik seluruh alam. Kalau terbaik, jangan dibanding pula dengan konsert artis lain yang ada tahap dan kelompok tersendiri.

Berhentilah bandingkan konsert ‘itu ini begitu begini’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM media sosial, Diva tengok masih ramai belum ‘move on’ daripada konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza. Mana tidaknya, masih ada yang memuat naik video dan berkongsi pengalaman mereka menghadiri konsert tersebut. Selepas itu, muncul pula konsert Sembilu The Reunion baru-baru ini yang meraih sambutan luar biasa daripada peminat. Diva pun tak nafikan, konsert tersebut memang hebat, persembahan Ziana Zain, Erra Fazira dan Datuk Awie pun memukau.

Malam tadi pula, Ratu Rock kesayangan Diva pula menggegarkan Stadium Nasional dengan Majlis Tertinggi Rockqueen Ella 2026, nak cakap apa lagi? Takkan nak bandingkan aura Ella dengan Siti, dengan Awie atau Barbarik, memang tak tercapai kail sejengkal okey. Berpada-padalah, ada duit beli tiket tyu bersyukur, jangan nak riak cakap konsert kau pergi tu terpaling hebat. Diva pergi Celine Dion pun malas kecoh, itu contoh. Kalau!

Tapi itulah, benda syok jadi tidak seronok apabila ada netizen yang mula membanding-bandingkan konsert-konsert tersebut, seperti bertanding siapa paling hebat. Alahai, tak perlulah nak cakap siapa paling hebat, sedangkan setiap penyanyi memang ada kelebihan masing-masing. Setiap konsert ada keseronokan dan keunikan tersendiri.

DIVA: Tengah seram fikir harga juadah bazar Ramadan!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN