fbpx
GAMBAR HIASAN - Foto web USIM

USIM catat sejarah, tersenarai ranking dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

NILAI – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) mengumumkan enam lonjakan strategik utama bagi 2026 bagi memperkukuh kedudukannya sebagai institusi rujukan global berasaskan integrasi ilmu Naqli dan Aqli.

Menurut Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Sharifudin Md Shaarani, universiti mencatat sejarah apabila pertama kali tersenarai dalam Times Higher Education World University Rankings 2026 pada kedudukan 1501+ dunia dan 19 Malaysia.

“Lima bidang turut tersenarai mengikut subjek, termasuk Undang-Undang (301–400 dunia). Di peringkat Asia, USIM berada pada kedudukan #537 dalam QS Asia University Rankings 2026 dan 35 Malaysia.

“Di peringkat nasional, USIM meraih 5 Bintang MyRA 2025 dan 5 Bintang MyMohes. Universiti juga melonjak 119 anak tangga dalam UI GreenMetric ke kedudukan #634 dunia serta tersenarai buat pertama kali dalam QS World University Rankings on Sustainability,” katanya pada Majlis Amanat Naib Canselor di Dewan Tuanku Canselor USIM, di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, Dr. Sharifudin menegaskan, kejayaan universiti bukan sahaja diukur melalui penarafan dan peruntukan, tetapi juga pembentukan insan yang seimbang dan berpaksikan nilai.

“Dengan enam lonjakan strategik ini, USIM bersedia melangkah lebih jauh sebagai universiti Islam progresif yang mengintegrasikan ilmu, teknologi, dan kemanusiaan demi agama, negara, dan ummah,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN