fbpx
ANGGOTA polis mengangkat mayat bayi yang ditemui untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi menjalankan proses bedah siasat.

‘Kawan kata macam ada kepala bayi dalam beg’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MELAKA – “Memang biasa orang tinggalkan pakaian tetapi bila kawan saya kata nampak macam kepala saya pun cuba raba dan ia memang kepala bayi,”.

Itu kongsi seorang pekerja pembersihan, Baharudin Bacik, 57, yang menemui mayat bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat dibalut kain telekung di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini, pagi tadi.

Menurutnya, kejadian disedari kira-kira pukul 9.40 pagi ketika dia menjalankan rutin kerja pembersihan bersama seorang lagi rakannya.

“Pada mulanya saya menyangkakan beg kain itu mengandungi pakaian sebab memang perkara biasa ada orang yang tertinggal tetapi tiba-tiba kawan beritahu bentuknya seakan-akan kepala bayi.

“Sebaik buka bungkusan, saya nampak bayi perempuan cukup sifat yang masih bertali pusat dan dia dibalut dengan kain telekung,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi hari ini.

Ujarnya lagi, dia bagaimanapun tidak menjumpai apa-apa kesan darah di kawasan berhampiran.

“Saya tak nampak kesan darah di lantai malah bayi tu pun nampak bersih, cuma tali pusat masih ada.

“Bayi itu diletakkan di ruang menguruskan bayi dalam tandas wanita yang biasanya digunakan untuk menukar lampin atau menyusukan anak,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! pagi tadi melaporkan mayat seorang bayi perempuan yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dalam keadaan berbalut dengan kain telekung di dalam tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem turut dilihat hadir ke lokasi dan meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan kejadian berkenaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN