fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sebahagian jalan disedut ke dalam kawah di Shanghai, China. - X 

Pekerja bertempiaran lari, lubang benam gergasi ‘telan’ jalan raya 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Sebuah lubang benam gergasi terbentuk secara tiba-tiba di jalan raya berhampiran sebuah tapak pembinaan di China, lapor akhbar The Sun UK. 

Kejadian berlaku di persimpangan Jalan Li’an dan Jalan Qixin, Shanghai, baru-baru ini. 

Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) lokasi kejadian dikongsi di platform X menunjukkan sebahagian jalan ‘disedut’ ke dalam kawah dengan pekerja pembinaan bertempiaran lari menyelamatkan diri. 

Lubang benam itu turut ‘menelan’ beberapa pagar panel, peralatan dan sebuah kabin mudah alih dan ‘memuntahkan’  debu dan asap ke udara. 

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan, demikian menurut pihak berkuasa. 

Pengguna media sosial berkata, kemunculan lubang benam gergasi itu berpunca daripada kebocoran paip, namun siasatan terus dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN