fbpx
Gambar hiasan

Rasuah penguat kuasa: SPRM ‘serang’ ejen, pelobi, orang tengah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengalihkan fokus untuk ‘menyerang’ sindiket ejen, pelobi dan orang tengah yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah membabitkan agensi penguat kuasa.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya sebelum ini mensasarkan pegawai penguat kuasa, namun amalan rasuah masih didapati berlaku.

“Sejak beberapa tahun lalu, kita banyak memberi tumpuan kepada pegawai penguat kuasa tetapi kita dapati perkara ini masih berulang.

“Untuk tahun ini, kita akan ‘serang’ ejen, orang tengah dan sesiapa sahaja yang terlibat dengan agensi penguat kuasa. Saya memberi amaran keras kepada mereka supaya menghentikan kegiatan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Bengkel Kewartawanan: Memahami Peranan SPRM Dalam Usaha Memerangi Rasuah, di Genting Highland hari ini.

Turut hadir Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik SPRM, Hisyam Mohd. Yusoff.

Menurut Ahmad Khusairi, perkara itu menjadi sebab utama SPRM mengalihkan fokus serta mengubah pendekatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya juga telah mengenal pasti beberapa sindiket yang terlibat dan kini berada dalam radar SPRM.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah sindiket yang dikenal pasti atau agensi yang terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI