fbpx
KEITH Foo lebih selesa tidak mengulas desas-desus yang disifatkan sebagai hal peribadi.

Saya dah peluk Islam atau belum, tak perlu kecoh – Keith Foo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Membiarkan dakwaan sudah memeluk agama Islam sebagai teka-teki, pelakon Keith Foo lebih selesa tidak mengulas desas-desus yang disifatkan sebagai hal peribadi.

Kata lelaki berdarah campuran Cina dan India itu, perkara membabitkan status agama tidak perlu diumumkan, sebaliknya biar perkembangan lanjut diketahui umum secara semula jadi.

“Soal sama ada saya sudah memeluk Islam atau belum biarlah jadi tanda tanya pada orang luar. Kita lihat saja apa yang akan berlaku pada hujung tahun ini.

“Saya takkan umumkan. Sudah atau belum, orang tahu sendiri nanti sebab benda ini semula jadi dari hati. Bukan sesuatu yang perlu dikecohkan,” katanya pada majlis Jwanjih Kenyang anjuran TV3 di Banglo 289, semalam.

Keith yang hadir bersama kekasihnya juga pelakon, Riena Diana berkata, dirinya masih dalam proses mempelajari dan mendalami agama Islam dengan tunjuk ajar insan sekeliling.

“Saya masih belajar. Kadang-kadang kalau tak faham, Riena akan tunjuk. Kita membesar dengan agama masing-masing, banyak benda saya masih belum tahu.

“Terima kasih pada Riena yang banyak membantu. Cuba prosesnya mudah sebab dalam keluarga saya sendiri pun dah ada tiga mualaf. Islam bukan asing dalam keluarga saya,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon drama Dzikir itu berkata, dirinya dekat dengan Islam disebabkan ketenangan
yang dirasainya.

“Saya rasa ketenangannya. Setiap kali sesuatu berlaku, sama ada baik atau buruk, kita berlapang dada serta selalu sebut alhamdulillah,” katanya.

Turut teruja menanti kehadiran Ramadan, Keith memaklumkan menanam azam untuk berpuasa penuh pada tahun ini.

“Tahun lepas pun saya berpuasa tetapi bapa saya meninggal dunia. Riena ada dengan saya sepanjang proses itu. Ketika ayah saya di hospital pun saya tetap puasa juga dengan Riena.

“Dapatlah puasa hampir sebulan. Jadi tahun ini saya mahu cabar diri berpuasa penuh. Ini juga antara proses belajar,” tuturnya.

Terdahulu, aktor berstatus duda anak satu itu menjalin cinta dengan Riena sejak sekitar Jun 2024, selain membayangkan hasrat memeluk Islam dan merancang mendirikan rumah tangga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN