KOTA KINABALU – Polis menyiasat satu kes pembunuhan susulan penemuan beberapa anggota badan manusia di kawasan rumah kedai di Indah Permai, Menggatal di sini pagi tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Syed Lot Syed Ab. Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat pukul 8 pagi dan sepasukan pegawai serta anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Kota Kinabalu digerakkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan.
”Pemeriksaan awal mendapati beberapa bahagian tubuh manusia ditemukan dalam tong sampah dan di sekitar kawasan rumah kedai Indah Permai. Kesemua bahagian yang dijumpai dipercayai milik mangsa yang sama.
”Setakat ini identiti mangsa masih belum dapat dipastikan. Usaha untuk mengenal pasti identiti dan mengesan waris terdekat sedang giat dijalankan.
”Pasukan Forensik kontinjen Sabah, Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Unit Anjing Pengesan (K9) melakukan pemeriksaan di lokasi bagi mengumpul bahan bukti berkaitan,” katanya hari ini.
Menurut Syed Lot, berdasarkan pemerhatian awal, pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum anggota badannya dibuang di kawasan rumah kedai.
”Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik HQE dan proses bedah siasat dijangka dijalankan pada pukul 8.30 pagi esok. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – KOSMO! ONLINE
Kerat anggota badan: Mangsa mungkin dibunuh di tempat lain – Polis
- Oleh IVAN AMIRUL
- 12 Februari 2026, 6:13 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TERKINI
BERITA BERKAITAN

‘Api dalam sekam di mana-mana, jangan ulang lagi’
3 Julai 2026, 9:26 am

‘Untuk sepikan suara kecaman, saya kena jadi luar biasa’
3 Julai 2026, 8:30 am

Murah sangat musang king sampai tak termakan
3 Julai 2026, 8:27 am

Piala Dunia 2026: Argentina mahu elak kejutan
3 Julai 2026, 8:20 am

Piala Dunia 2026: Cape Verde impi takdir terindah
3 Julai 2026, 8:10 am

Pokok durian daun rasa vanila tinggal sebatang
3 Julai 2026, 8:03 am

Piala Dunia 2026: Sepanyol tepati ramalan layak ke pusingan 16
3 Julai 2026, 6:53 am

Projek LRT3: DAP akan mohon menghadap Sultan Selangor
2 Julai 2026, 11:46 pm






