fbpx
AZLAN (dari kiri), Syahir dan Farhan menunjukkan syiling emas yang diterima pada satu majlis penghargaan di Tanjung Lounge, Pusat Dagangan Dunia (WTCKL) kelmarin. - AMIR KHALID

Pemain terima hadiah syiling emas 999.9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SKUAD sepak takraw negara yang mencipta sejarah membawa pulang dua pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025 menerima penghargaan eksklusif berupa syiling emas 999.9 seberat enam gram setiap seorang daripada Telekom Malaysia (TM) malam kelmarin.

Penghargaan eksklusif oleh Telekom Malaysia Berhad itu sebagai penghargaan selepas skuad negara meraih emas regu dan menamatkan penantian 34 tahun menjuarai regu berpasukan sekali gus mengulangi pencapaian edisi Manila 1991.

Seramai 17 pemain dan tiga pegawai menerima insentif berkenaan dengan Syahir Rosdi, Farhan Adam, Azlan Alias, Haziq Hairul Nizam dan Noraizat Nordin menerima keseluruhan 12 gram syiling emas selepas menjuarai acara regu dan regu berpasukan.

Presiden Persekutuan Sepak Takraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan menyifatkan kejayaan merangkul dua emas dan tiga gangsa sebagai satu kebangkitan luar biasa yang didorong oleh disiplin serta komitmen atlet negara.

“Kejayaan menamatkan penantian lebih tiga dekad ini amat bermakna buat sukan sepak takraw dan seluruh rakyat Malaysia. Ia adalah hasil usaha berterusan dan kepercayaan padu para atlet serta barisan jurulatih,” katanya.

Sementara itu, Syahir selaku tekong utama negara, menyifatkan hadiah tersebut bakal menjadi suntikan moral terbaik buat pasukan terutama persiapan ke Piala Dunia 2026 nanti.

“Insentif yang luar biasa bagi kami. Ia akan menaikkan semangat dan moral kami untuk terus menaikkan nama Malaysia di persada sepak takraw dunia.

“Kami perlu terus melakukan persiapan kerana bukan hanya Thailand akan bangkit, malah pasukan lain seperti India dan Korea juga semakin meningkat. Jadi kami kena bekerja lebih keras lagi,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN