fbpx
KAK KM (kanan) berkata namanya sering dipetik seolah-olah dia menjadi pencetus tersebarnya isu perceraian Nona (kiri) sedangkan perkara tersebut langsung tidak pernah keluar dari mulutnya. - SYAKIR RADIN

Kak KM nafi canang isu rumah tangga kakak sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pempengaruh serta usahawan sensasi, Kak KM menyangkal dakwaan kononnya dia menjadi penyebar kisah pergolakan rumah tangga kakaknya, Kak Nona yang kini dalam proses perceraian, sehingga tular dalam media sosial.

Ujar Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, 45, tuduhan mengaitkan dirinya dalam hal peribadi orang lain adalah tidak berasas.

“Saya tak pernah pun sebut tentang rumah tangga dia. Apa berlaku, dia sendiri bercakap. Itu kehidupan dia, bukan saya.

“Bila orang tanya Kak Nona, ‘Suami mana?’ dia jawab balik kampung. Lepas itu suami pula buat siaran langsung, orang tanya, ‘Abang tengah pujuk Kak Nona ke?’,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah anak kepada aktres senior Normah Damanhuri itu, namanya sering dipetik seolah-olah dia menjadi pencetus tersebarnya isu perceraian Nona, sedangkan perkara tersebut langsung tidak pernah keluar dari mulutnya.

“Jadi jangan petik nama saya dan cakap saya kata dia nak bercerai. Demi Allah, saya tak pernah cakap begitu.

“Buang masa nak cerita hal orang. Rumah tangga sendiri pun belum tentu terjaga. Tak payah petik-petik nama saya,” ujarnya pada acara Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di sini, semalam.

Paling sakit katanya, tuduhan berkenaan benar-benar mengganggu emosi kerana selama ini dia memilih berdiam diri meskipun pernah melalui konflik keluarga tanpa membuka cerita kepada umum.

“Saya tak pernah langsung buka kisah pasal dia. Isu ini buat saya ‘trigger’ sampai terpaksa bersuara.

“Lebih setahun kami bergaduh pun, tiada siapa tahu. Kami pilih diam. Bila jadi macam ini, nama saya pula dipetik dengan cerita tak betul, itu sudah jadi fitnah,” luahnya.

Terdahulu, timbul dakwaan dalam media sosial kononnya Kak KM menjadi individu menyebarkan masalah rumah tangga Kak Nona, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dan reaksi netizen. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI