fbpx
Pertahanan TFC, Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili (kanan) mengasak pemain-pemain KL City pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Piala Malaysia: TFC, KL City terikat 1-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Terengganu FC gagal mendapat bekalan selesa apabila sekadar terikat seri 1- 1 dengan KL City FC 2-1 pada aksi pertama suku akhir Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini sebentar tadi.

Kekecewaan jelas buat skuad Sang Penyu setelah jaringan pemain tengah, Mohammad Baqiuddin Shamsudin pada masa kecederaan dibatalkan menerusi semakan video bantuan pengadil (VAR).

Terdahulu, tuan rumah hampir membuka jaringan seawal minit keempat menerusi percubaan Careca namun rembatan pemain import Brazil tersebut sedikit tersasar di sebelah kanan gawang.

Tersentak dengan asakan awal itu, skuad The City Boys cuba memperkemaskan permainan dan meningkatkan tekanan namun gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah diketuai kapten, Muhamad Shahrul Nizam Ros Hasni.

Asakan bertali arus Terengganu FC akhirnya berbaloi apabila penyerang import baharu, Gervane Kastaneer
meletakkan tuan rumah di hadapan menerusi rembatan padu dari luar kotak penalti pada minit ke-16.

Jaringan tersebut merupakan gol sulung pemain kebangsaan Curacao yang akan beraksi pada Piala Dunia 2026 itu selepas membuat dua penampilan bersama skuad Sang Penyu.

Begitupun, kemasukan Safawi Rasid yang juga bekas kapten TFC musim lalu pada minit ke-79 menjadi pemusnah buat tuan rumah selepas hantarannya bijak disambar penyerang import KL City, Nicolao Dumitro bagi jaringan penyamaan.

Kedua-dua pasukan akan bertembung semula dalam aksi timbal balik di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 13 Februari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI