fbpx
RANI Mukerji menangis terharu terkenangkan kisah suara Tina yang disuka Karan Johar dalam filem Kuch Kuch Hota Hai.

Suara terlalu serak, Rani Mukerji menangis jadi pilihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

AKTRES terkenal Rani Mukherji menangis terharu apabila sutradara filem Kuch Kuch Hota Hai iaitu Karan Johar mahu menggunakan suara aslinya untuk watak Tina.

Sebelum membintangi Kuch Kuch Hota Hai, Rani terlebih dahulu membintangi filem Ghulam di samping Aamir Khan.

Namun, menerusi filem tersebut, pengarah memutuskan untuk menggunakan suara orang lain kerana suara Rani dikatakan terlalu serak dan tidak sesuai untuk watak lakonannya.

Dalam sebuah rancangan temu bual, Karan berkongsi momen sewaktu dia memberitahu Rani mahu menggunakan suara aslinya untuk filem Kuch Kuch Hota Hai.

“Saya sangat suka suara kamu. Dan kamu akan memulakan proses ‘dubbing’ menggunakan suara kamu sendiri untuk filem ini,” kata Karan.

Rani yang turut diundang menjadi tetamu rancangan tersebut dilihat menangis mengenang momen tersebut.

“Saya masih ‘hijau’ ketika itu. Umur saya baru 18 tahun. Bila pengarah mahu guna suara orang lain untuk watak saya, saya akur dan terima sahaja.

“Namun, apabila Karan maklumkan mahu menggunakan suara asli saya dalam filem Kuch Kuch Hota Hai, saya sangat gembira dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan. Tambahan pula itu filem pertamanya,” kata Rani.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN