fbpx
Poster dikongsi Public Health Malaysia.

Elak minum air berais bila pedas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Perbuatan meminum air sejuk semasa menikmati makanan pedas adalah berbahaya.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, itu kerana rasa pedas yang datang dari bahan kimia bernama Capsaicin bersifar seperti minyak dan boleh menyebarkan rasa pedas ke seluruh mulut sekiranya bercampur air sejuk berais.

“Bila anda minum air (water-based), air dan minyak tak bercampur. Air ais tu sebenarnya sedang ‘mencuci’ dan menyebarkan minyak pedas tu ke seluruh rongga mulut dan tekak anda. Sebab tu rasa makin pijar,” katanya.

Katanya, tindakan meminum air sejuk semasa memakan makanan pedas boleh menyebabkan perut berasa sebu, kembung dan senak.

“Perbuatan meminum air sejuk itu juga menyebabkan Kejutan Suhu Pada Perut (Thermal Shock) yang sedang bekerja keras mencerna makanan pedas yang bersifat iritasi (panas).

“Bila disiram air ais yang ekstrem sejuk, ia boleh menyebabkan kejutan pada otot perut (gastric spasm). Hasilnya? Perut rasa kram, kembung (bloating), dan bagi yang ada GERD, asid akan meluap naik ke dada,” katanya.

Justeru itu, sekiranya mengalami rasa pedas yang melampau, orang ramai boleh meminum susu ataupun yogurt.

“Susu ada protein Casein yang bertindak macam ‘sabun’. Ia boleh larutkan minyak Capsaicin tu dan padamkan api pedas dengan berkesan.

“Berhenti seksa perut anda dengan air batu bila makan pedas. Kesian perut tu terkejut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN