fbpx
Anggota bomba menjumpai mayat mangsa yang lemas di kawasan sungai Kampung Rabbana, Jeli hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Kegembiraan tiga remaja berakhir tragedi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELI – Kegembiraan tiga remaja bermandi-manda di kawasan sungai berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka lemas dalam kejadian di Kampung Rabbana di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Putera Aniq Fitri Zulkarnain Mohd. Nordin, 14, dijumpai lemas kira-kira 10 meter dari lokasi dia bersama rakan-rakannya mandi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jeli, Hasmin Nasrun Abdul Rahman berkata, mangsa ditemukan selepas 30 minit operasi mencari dan menyelamat dilakukan selepas anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, pihaknya yang menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.04 malam sebelum orang ramai mambantu mencari mangsa.

“Remaja itu pada awalnya gagal dijumpai kerana dihanyut arus deras. Anggota bomba menjalankan operasi mencari kira-kira 30 minit sebelum menjumpai mangsa.

“Mangsa kemudian dibawa naik ke tebing sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hasmin Nasrun memberitahu, mayat remaja itu disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Kesihatan Daerah Jeli sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN