fbpx
Alexander ketika lawatan kerja pembaikan cerun dilaluan Very High Frequency pada Majlis Penyerahan Pembaikan Cerun di Laluan Very High Frequency Telapak Buruk, Jelebu, hari ini. - Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

99 projek baiki cerun dilaksanakan seluruh negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JELEBU – Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang melaksanakan sebanyak 99 projek pembaikan cerun di seluruh negara tahun ini melibatkan kos keseluruhan RM77.3 juta.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, daripada jumlah itu, 90 projek merupakan sambungan dari tahun lalu melibatkan kos RM59.7 juta, satu projek diberi keutamaan (RM1 juta), manakala lapan projek yang mendapat kelulusan kerja khas (RM16.6 juta) akan dilaksanakan tahun ini berdasarkan tahap keutamaan dan risiko kritikal.

Menurut beliau, bagi tahun ini kerajaan turut meluluskan peruntukan berjumlah RM260 juta di bawah program Slope Safety Works in High Risk Areas.

“Lokasi cerun berisiko tinggi sentiasa bertambah. Justeru, agihan peruntukan dibuat berdasarkan tahap kritikal sesuatu kawasan. Kebiasaannya, bencana alam dan faktor cuaca, khususnya hujan lebat, memberi kesan besar kepada kestabilan cerun.

“Kita tidak mahu gangguan jalan raya menyebabkan rakyat terputus hubungan. Saya sendiri baru pulang dari Gua Musang dua hari lalu dan kerosakan yang berlaku agak besar serta memerlukan tindakan segera,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Projek Pembaikan Cerun Very High Frequency (VHF) Telapak Buruk di Dataran Bukit Tangga, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Alexander berkata, projek pembaikan cerun di laluan VHF Telapak Buruk itu merupakan sebahagian daripada komitmen kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bagi memastikan stesen pemancar Telapak Buruk dapat beroperasi tanpa gangguan.

“Projek ini melibatkan kos sebanyak RM109,054,966 dan dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya melalui Arahan Kerja kepada kontraktor jangka panjang, bermula pada 24 November 2022 dan telah siap sepenuhnya pada 14 Oktober 2025,” katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN