fbpx
PEGAWAI kanan tentera direman enam hari bagi membantu siasatan SPRM Negeri Sembilan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM28,000. FOTO IHSAN SPRM

Pegawai kanan tentera direman kes rasuah RM28,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Seorang pegawai kanan tentera direman enam hari bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sembilan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah kira-kira RM28,000.

Suspek lelaki berusia 50-an itu dipercayai meminta dan menerima wang rasuah sebagai dorongan untuk penyambungan kontrak perkhidmatan operator gambar dan penjualan cenderamata fotografi daripada kontraktor-kontraktor lain yang mendapat kerja di tempat beliau bekerja.

Perintah reman bermula hari ini sehingga 9 Februari depan itu dikeluarkan oleh Majistret Sara Afiqah Zulkifli selepas membenarkam permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Sivil di sini.

Menurut sumber, suspek telah ditahan kira-kira pukul 4.30 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Negeri Sembilan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2024 hingga 2025 ketika bertugas sebagai pengarah. Suspek disyaki menerima wang rasuah antara RM500 hingga RM3,000 setiap bulan melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi milik suspek,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN