fbpx
Kesemua suspek yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kesalahan meminta rasuah.

Rasuah keluarga melawat: Jabatan Penjara serah siasatan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Penjara memandang serius sebarang dakwaan salah laku dan rasuah susulan operasi yang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membabitkan beberapa pegawai di Penjara Bintulu.

Jabatan Penjara dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya memberi jaminan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak SPRM bagi membantu siasatan.

Menurutnya, Jabatan Penjara menghormati proses siasatan yang sedang dijalankan dan akan melaksanakan tindakan lanjut di peringkat jabatan berdasarkan hasil siasatan serta perundangan berkaitan.

“Jabatan Penjara Malaysia komited mengekalkan tahap integriti, profesionalisme dan tadbir urus yang tinggi dalam perkhidmatan serta tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, Jabatan Penjara memohon agar orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi bagi memastikan proses siasatan tidak terjejas dan berjalan lancar.

Semalam, media melaporkan SPRM Bintulu melancarkan operasi berskala besar dengan menahan seramai 11 pegawai penjara berkenaan kes rasuah.

Kesemua pegawai penjara tersebut disyaki menerima rasuah berjumlah RM239,000 daripada ahli keluarga yang melawat telah dibawa ke Mahkamah Majistret Bintulu pagi semalam untuk permohonan reman.

Kes ini kini dikendalikan di Mahkamah Majistret Bintulu, dan SPRM sedang menjalankan siasatan lanjut di bawah peruntukan rasuah yang berkaitan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI