fbpx
Ghazali hadir pada Majlis Perbarisan Pembukaan Latihan APM Pulau Pinang 2026 di Pejabat APM Pulau Pinang di George Town, hari ini. Foto oleh DANIAL SAAD/KOSMO!

P. Pinang negeri tertinggi rekod kes tangkapan ular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) merekodkan hampir 140,000 kes berkaitan tangkapan ular di seluruh negara sepanjang tahun lalu menjadikan kes melibatkan haiwan berbisa itu antara yang tertinggi dikendalikan oleh pasukan berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) APM, Ghazali Abd Rahman berkata, peningkatan kes tersebut berkait rapat dengan faktor cuaca panas, pembangunan pesat serta gangguan habitat semula jadi haiwan berkenaan.

“Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang antara negeri yang merekodkan jumlah kes tertinggi berkaitan tangkapan ular berikutan kepadatan penduduk dan pembangunan yang pesat.

“Bagi Pulau Pinang sahaja sebanyak 8,193 kes tangkapan ular direkodkan sepanjang tahun lalu, manakala bagi Januari 2026, sebanyak 669 kes telah dilaporkan setakat ini,” katanya selepas menghadiri majlis perbarisan pembukaan latihan APM Pulau Pinang 2026 di Pejabat APM Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas mengenai keselamatan anggota, beliau berkata, statistik kecederaan dalam kalangan anggota APM semasa operasi tangkapan ular adalah rendah dengan purata kurang daripada 10 kes setahun bagi setiap negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Ghazali berkata, APM kini dalam proses menyediakan pelan induk (blueprint) jangka panjang sebagai persediaan hala tuju pasukan itu pada masa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI