fbpx
Kon Yeow (tengah) hadir ke majlis menandatangani MoU antara Digital Penang dan HWD System di George Town, hari ini.

‘Terpulang dan tiada keperluan TKM 1 letak jawatan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow menegaskan tiada keperluan untuk Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid melepaskan jawatannya itu susulan kontroversi dirinya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana zakat.

Kon Yeow berkata, keputusan untuk meletakkan jawatan adalah terpulang sepenuhnya kepada individu berkenaan dan ia tidak seharusnya dipengaruhi oleh tekanan luar terutama ketika siasatan sedang dijalankan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri.

”Tidak ada keperluan untuk sesiapa berundur pada peringkat ini. Biarlah SPRM menjalankan siasatan. Semua keputusan berhubung peletakan jawatan terpulang kepada pihak berkenaan,” katanya selepas merasmikan majlis shared lab opening with PSD@5KM+ di Bayan Lepas di sini, hari ini.

Semalam, Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan mendakwa, isu berkaitan dana zakat melibatkan penyalahgunaan kuasa serta amalan pelantikan yang tidak adil dalam institusi di bawah seliaan Mohamad.

Sehubungan itu, Pas menggesa Mohamad supaya meletakkan jawatan daripada semua kedudukan yang berkaitan dengan pentadbiran dan kepimpinan institusi agama Islam.

Mengulas lanjut mengenai gesaan peletakan jawatan, Kon Yeow menyifatkan perkara itu sebagai tidak praktikal dan berlebihan.

”Kalau ikutkan, di Malaysia ini setiap hari ada orang meletakkan jawatan. Nanti yang sibuk adalah rakan-rakan media kerana setiap hari akan ada berita peletakan jawatan,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN