fbpx
Hantaran gambar memaparkan seorang lelaki mengangkat kaki di dalam ETS sehingga membuatkan penumpang lain rasa tidak selesa.

‘Sudah tegur pun tidak jalan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang meletakkan kaki selaras dengan meja sehingga menganggu keselesaan penumpang lain di dalam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dari Ipoh sehingga KL Sentral, baru-baru ini mengundang perhatian ramai.

Menerusi perkongsian di Threads oleh @lucyneela, wanita tersebut memuat naik gambar memaparkan seorang lelaki duduk berhadapannya yang mengambil alih hampir kedua-dua buah kerusi ETS sambil menyilangkan kakinya selaras dengan meja.

“Apa kata semua? Pukul 5 pagi komuter ETS dari Ipoh ke KL Sentral. Nak letak minuman atas meja tu pun tidak jadi, sudah terpaksa pegang,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Menurutnya, dia juga sudah menegur tindakan lelaki tersebut, namun teguran itu tidak diendahkan dan diabaikan.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-rata turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan tidak beradab lelaki tersebut.

“Kerusi tu mahal-mahal bukan untuk menghadap kaki kau. Panggil saja staf ETS dalam tu mintak dia tegurkan. Jenis tidak makan saman,” komen Diyana Adnan.

“Tidak ada adab, tidak sopan, pengotor dan pentingkan diri sendiri,” kata Ida Ramli

“Kalau sudah tegur dia buat tidak tahu, awak letak saja kaki dengan stokin sekali depan muka dia. Macam tu saja nak ajar orang macam ni,” komen Haslina Fauzi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN