PETALING JAYA – Seorang penghantar makanan berdepan detik cemas apabila makanan pelanggan dicuri ketika melakukan penghantaran di sebuah pangsapuri di Kajang baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok oleh pengguna @alafif.2024, lelaki tersebut memaklumkan kejadian berlaku ketika dia naik ke rumah pelanggannya untuk menghantar pesanan.
Namun sebaik selesai penghantaran, dia terkejut apabila mendapati satu lagi pesanan pelanggan yang disimpan dalam kotak penghantaran telah lesap.
“Kali pertama kena macam ini sepanjang buat penghantaran makanan,” tulisnya.
Katanya, dia dan pelanggan tersebut kemudian membuat aduan kepada pusat khidmat pelanggan dan perkara itu berjaya diselesaikan secar baik.
Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-rata meluahkan rasa bimbang serta menasihati penghantar makanan supaya lebih berhati-hati.
“Risaunya, saya selalu tinggal beg dan dompet dalam kotak. Tak terfikir pula benda macam ini (kecurian) boleh jadi,” komen Faiz.
“Untuk abang-abang ‘rider’, saya cuma nak pesan jangan tinggalkan apa-apa barang dalam kotak dan kalau boleh periksa dulu, takut ada orang sengaja letak barang terlarang,” kata Airul Azwan.
“Makanan orang pun sanggup curi. Nasib baik ambil makanan saja, kalau curi sekali dengan motor, memang tak tahu nak kata apa,” ujar Zenitsu. – KOSMO! ONLINE
@alafif.2024 First time kena macam ni sepanjang buat food delivery #abangriderbajumelayu #elrahexclusive #rider #grabfood #moto ♬ original sound – Abang Rider Baju Melayu














