fbpx
Mohd. Khairi (dua dari kanan) menunjukkan sebahagian suar dan dadah jenis ganja yang dirampas daripada penyokong Selangor FC pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

21 penyokong Selangor FC buat kecoh di Drawbridge positif ganja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seramai 21 daripada 33 penyokong Selangor FC yang direman kerana berarak dan membakar suar di Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini semalam didapati positif dadah jenis THC atau ganja.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, kesemua mereka adalah lelaki berusia 17 hingga 43 tahun.

“Tiga suspek disyaki memiliki ganja seberat 19.1 gram dan erimin 5 (0.37 gram). Mereka disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 12(2) akta sama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu (IPK) di sini hari ini.

Beliau berkata, sembilan individu pula ditahan kerana memiliki 70 suar bernilai RM7,500 dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 serta Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Katanya, sebanyak 54 daripada 70 suar tersebut dibakar sewaktu berarak di atas Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau Drawbridge.

“Enam daripada 33 suspek itu merupakan pelajar institusi pengajian tinggi, manakala seorang lagi pelajar sekolah menengah. Kesemua mereka direman selama empat hari sehingga Khamis ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN