fbpx
GAMBAR HIASAN

Pelakon lelaki dakwa diliwat ketika kanak-kanak, polis rakam keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Polis telah merakamkan percakapan pelakon lelaki mendakwa menjadi mangsa perlakuan seks luar tabii ketika kanak-kanak dalam kejadian dilaporkan berlaku pada tahun 2005.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, keterangan pengadu telah diambil pada semalam.

“Setakat ini, polis telah mengambil keterangan pengadu bagi membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian yang didakwa berlaku adalah pada tahun 2005,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.

“Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan,” jelasnya.

Semalam, Kosmo! melaporkan polis mengesahkan menerima laporan seorang pelakon lelaki yang mendakwa pernah diliwat semasa kanak-kanak.

Fadil dilapor berkata, pihaknya menerima laporan daripada pelakon berusia 35 tahun itu kira-kira pukul 6.11 petang, kelmarin.

Terdahulu, seorang pelakon mendedahkan pernah melalui detik hitam ketika kanak-kanak apabila menjadi mangsa gangguan seksual.

Dia yang pernah tampil dalam beberapa drama popular di televisyen antaranya Diari Ramadhan Rafique mendedahkan perkara itu di laman Threads.

Lelaki itu mendakwa dia diliwat ketika masih kanak-kanak oleh individu dalam keluarganya sendiri, malah dikatakan turut mempunyai pengaruh dalam industri seni. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN