fbpx
BERGSON meledak dua gol ketika JDT berjaya membenam cabaran Imigresen pada aksi Liga Super kelmarin.

Liga Super: Kualiti penyudah JDT fokus Munoz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki biarpun pasukannya berjaya mengawal permainan dalam aksi Liga Super menentang Imigresen FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam kelmarin.

Menurut pengendali dari Sepanyol itu, babak pertama perlawanan agak sukar buat skuad Harimau Selatan apabila lawan bermain secara bertahan sehingga menyukarkan usaha mencipta peluang.

“Kami bergelut sedikit pada awal permainan kerana mereka bertahan sangat rapat. Dalam beberapa situasi, keputusan terakhir tidak cukup berkesan.

“Keadaan berubah selepas JDT memperoleh gol pertama dan kedua yang membuka lebih banyak ruang untuk pasukan menguasai perlawanan.

“Selepas jaringan itu, permainan kembali dalam kawalan penuh. Kami mencipta banyak peluang, cuma penyudah perlu lebih berkualiti,” ujarnya.

Beliau turut memuji impak kemasukan Hector Hevel yang disifatkan membawa dimensi baharu kepada corak serangan JDT terutama pada 30 minit pertama babak kedua.

“Saya setuju Hector memberikan lebih ruang dan tenaga di bahagian depan. Bayangkan jika kami dapat menurunkan Hector, Joao Figueiredo dan Arif Aiman bersama dalam keadaan terbaik, pasukan ini akan lebih kuat,”jelasnya.

Xisco juga mengingatkan bahawa beberapa pemain utama baru kembali selepas lama tidak beraksi dan memerlukan masa untuk mendapatkan rentak sebenar.

Pada aksi malam kelmarin, JDT menewaskan Imigresen 5-0 sekali gus mengukuhkan kedudukannya dipersada liga dengan mengutip 48 mata hasil 16 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN