SENGKETA melibatkan Puteri Balqis (Aqish), Mia Sara dan Janna Nick yang memanaskan gelanggang dunia hiburan minggu lalu kini reda, namun sengketa itu jauh lebih daripada sekadar isu hangat dalam media sosial. Aqish sudah memadamkan segala pendedahan yang dibuat namun percayalah, terbenamnya sementara. Seperti mesej ibu Aqish, Ashikin, mengingatkan bahawa isu sebenar tidak akan selesai hanya apabila anaknya memilih untuk berdiam diri. Pesanan itu molek diperhatikan. Dalam landskap hari ini, masyarakat mudah menyamakan diam dengan penyelesaian, seolah-olah memadam jejak digital mampu…














