fbpx
Gambar yang didedahkan oleh DOJ menunjukkan Andrew bersama seorang wanita tidak dikenali. - DOJ

Andrew Mountbatten pegang perut gadis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

WASHINGTON – Bekas putera Britain, Andrew sekali lagi tular apabila muncul dalam berjuta-juta muka sura fail ‘bapa ayam’ Jeffrey Epstein yang didedahkan kepada umum oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) kelmarin, lapor portal berita South China Morning Post. 

Dokumen terbaharu  didedahkan oleh DOJ menunjukkan Epstein pernah menjemput putera berkenaan untuk bertemu seorang wanita Russia pada 2010. 

E-emel tersebut dihantar dua tahun selepas Epstein mengaku bersalah di negeri Florida atas kesalahan pengantunan seksual. 

Putera Andrew yang merupakan adik lelaki kedua Ratu Elizabeth II, dilucutkan kedudukannya dalam kerabat diraja ketika beliau berdepan saman sivil di Amerika Syarikat (AS) kerana serangan seksual. 

Beliau kini dikenali sebagai Andrew Mountbatten Windsor selepas Raja Charles III melucutkan gelaran kehormat dan peranan amalnya susulan kes yang failkan oleh Virginia Giuffre. 

Giuffre menuduh Andrew melakukan serangan seksual terhadap dirinya ketika dia berusia 17 tahun. Wanita itu mendakwa bahawa dia diserahkan kepada putera berkenaan oleh mendiang Epstein. 

Salah satu gambar tanpa tarikh menampilkan Andrew menyentuh perut seorang wanita tidak dikenali yang sedang berbaring di lantai. 

Masih belum jelas di mana dan bila imej itu diambil.

Berdasarkan e-mel yang dihantar pada Ogos 2010 antara Epstein dan akaun bernama “The Duke”, Epstein menyatakan hasrat untuk memperkenalkan individu itu kepada seorang wanita Russia berusia 26 tahun yang disifatkannya sebagai seseorang yang ‘seronok untuk diajak makan malam’. 

Dalam jawapannya, “The Duke” menyatakan beliau akan berada di Geneva sehingga 22 Ogos, namun berbesar hati untuk bertemu dengan wanita tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI