fbpx
ALVAREZ menjadi buruan Arsenal untuk memantapkan lagi jentera serangan mereka, namun hanya akan mengemukakan tawaran pada jendela perpindahan musim panas nanti. - AFP

Alvarez jadi buruan No. 1 Arsenal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LONDON – Arsenal sedia merombak semula jentera serangan pasukan dengan menjadikan penyerang antarabangsa Argentina, Julian Alvarez sebagai sasaran No. 1 pada jendela perpindahan musim panas yang akan dibuka pada Jun depan.

Sebagai rekod, skuad The Gunners sudah berbelanja besar ketika menandatangani Viktor Gyokeres pada tahun lalu tetapi impak yang dipamerkan pemain antarabangsa Sweden tidak konsisten seperti yang diharapkan.

Kini, pengurusan The Gunners memantau situasi Alvarez yang cukup sesuai dengan taktikal kelab selepas pemain berusia 26 tahun itu dilaporkan bakal dijual oleh kelab Atletico Madrid susulan prestasi merudum pada musim ini.

Malah, Presiden kelab, Enrique Cerezo mengakui pening kepala melihat kegagalan Alvarez meledak sebarang gol dalam 10 perlawanan kompetitif terakhir buat skuad kendalian Diego Simeone itu.

“Alvarez kata dia ada masalah peribadi tetapi saya sendiri tidak dimaklumkan dan tak pasti apa yang berlaku kepadanya ketika ini,” kata Cerezo.

Selain Alvarez, Arsenal juga sedang meneliti perkembangan pemain tengah Freiburg, Johan Manzambi, yang cukup menyerlah dalam kempen Bundesliga selepas meledak empat gol dan lima bantuan jaringan musim ini.

Namun, Arsenal mungkin berdepan cabaran apabila beberapa kelab ternama seperti Manchester United dan Chelsea turut berminat untuk menandatangani Manzambi yang memiliki tanda harga sebanyak £48 juta (RM259 juta). – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN