fbpx
HERRY (dua dari kiri) berharap ada wakil beregu lelaki negara mampu melangkah ke final All England pada Mac nanti.

Hajar besar Herry di All England

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi memasang harapan cukup tinggi untuk menyaksikan gandingan No. 1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton All England Mac depan.

Tambah menarik, beliau mengharapkan aksi ulangan final Terbuka Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil Januari lalu yang menemukan pasangan negara dengan beregu No.1 dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Bagaimanapun, Herry menegaskan, mereka perlu melihat kepada undian perlawanan terlebih dahulu, namun menaruh keyakinan kedua-dua beregu akan melangkah ke final selaku pilihan utama dan kedua kejohanan.

“Apa yang penting adalah kita perlu melihat kepada undian terlebih dahulu. Biasanya (beregu) Korea itu akan turun sebagai pilihan utama manakala Aaron-Wooi Yik masih (pilihan) kedua.

“Justeru, saya berharap mereka boleh berjumpa lagi di perlawanan akhir (All England). Kalau kita tengok pertemuan di final (Terbuka) Malaysia, memang sedikit lagi (nak menang) tetapi ada sedikit kesilapan,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Pada aksi final Terbuka Malaysia yang berlangsung 11 Januari lalu, Aaron Wooi Yik hanya tewas tipis kepada Won Ho-Seung Jae apabila kalah menerusi aksi tiga set 15-21, 21-12- 18-21 dalam tempoh 66 minit.

Kemudian, bekas juara dunia itu berjaya mengekalkan momentum tersebut apabila melangkah ke separuh akhir Terbuka India sebelum terkandas seawal pusingan pertama pada Indonesia Masters.

Sementara itu, Herry turut menjelaskan, beliau sudah meningkatkan jumlah latihan fizikal buat Aaron-Wooi Yik dalam persiapan mereka menjelang aksi pemanas badan di Terbuka Jerman bermula 24 Februari nanti sebelum All England membuka tirai 3 hingga 8 Mac.

“Kita ada masa lebih kurang tiga minggu untuk melakukan persiapan. Dalam tempoh itu, latihan fizikal merangkumi beberapa aspek termasuk kardio, kekuatan serta kepantasan dan saya sendiri mengendalikan latihan itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI