fbpx
BERJAYA meninggalkan impak yang signifikan dengan isu semasa. ini lima pelakon dengan watak penunggang agama paling dibenci khalayak era sekarang.

5 penunggang agama paling popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MINGGU ini, satu demi satu cerita aib tentang seorang pendakwah bebas dilondehkan dalam media sosial rentetan kes cabul yang dilakukannya sehingga dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun.

Paling mengejutkan apabila ada yang mendakwa pendakwah tersebut aktif mencari mangsa meskipun sudah mendirikan rumah tangga termasuk ketika isterinya hamil anak kedua.

Kesemua pendedahan tersebut mengejutkan ramai tetapi dalam tidak sedar, isu-isu pendakwah mahupun ahli agama menunggang agama demi kepentingan dan nafsu sendiri sudah sering dipaparkan menerusi beberapa watak dalam drama tempatan.

Mungkin bagi segelintir pihak, apa yang ditayangkan hanya sekadar hiburan semata-mata tetapi hakikatnya semua itu sememangnya berlaku dalam kalangan masyarakat hari ini.

Lebih membimbangkan, bukan sahaja menunggang, ada juga yang mengambil kesempatan menyebarkan ajaran sesat kepada masyarakat.

Minggu ini, HibGlam menyenaraikan lima watak penunggang agama dalam drama yang dibenci ramai sehingga tular selain meraih pelbagai kritikan daripada pendakwah lain.

Ayah Abdul – Zamarul Hisham

Drama Langit Ketujuh memaparkan kehidupan Ayah Abdul lakonan Zamarul Hisham iaitu pemimpin ajaran sesat yang menggelarkan dirinya sebagai ‘pembawa kebenaran’ dan ‘penyelamat dunia dan akhirat’ di Tanah Surgo.

Dia juga memimpin sebuah komuniti pemujaan agama, selain menggunakan agama untuk kepentingan sendiri, termasuk memiliki ramai isteri dan

Tidak mudah, Zamarul mengakui watak tersebut mencabar kemampuannya sebagai pelakon selain perlu sentiasa waspada dalam melontarkan sebarang dialog sensitif.

“Watak Ayah Abdul memang mencabar kerana dialog yang perlu disampaikan sangat menggerunkan. Setiap kali nak lontarkan dialog, memang banyak beristighfar dan akan tunaikan solat taubat selepas penggambaran,” katanya.

Ustaz Irfan – Firdaus Karim

WATAK penunggang agama ‘paling bongsu’ ketika ini yang berjaya meledak dalam media sosial adalah Ustaz Irfan dibintangi oleh Firdaus Karim menerusi drama Doa Yang Terlindung.

Dalam drama tersebut, Ustaz Irfan yang merupakan pengajar dan pengetua di sebuah Baitul Khadijah menggunakan agama serta imej alim dengan memperdaya ramai pelajar wanita demi memenuhi nafsunya. Meski awalnya pemilihan pelakon untuk karakter tersebut meraih kecaman, namun Firdaus berjaya menghantui jiwa dan meraih kebencian penonton.

Rata-rata penonton berpendapat naskhah tersebut memaparkan realiti yang sebelum ini takut difilemkan mana-mana sutradara tempatan kerana menyentuh sensitiviti agama.

Ustaz Madi – Azhan Rani

JIKA bercakap tentang imej penunggang agama, watak Ustaz Hamadi dalam drama Nur antara tidak akan dilupakan dan meninggalkan impak besar terhadap penonton. Ditangan Azhan Rani, Hamadi sangat dibenci namun dalam masa sama begitu menghiburkan.

Azhan pula mengakui tidak terlalu ambil peduli dihujani kecaman terutama apabila membawa imej individu menggunakan agama untuk mengaut rezeki secara haram. Namun jauh di sudut hati, dia sebenarnya agak bosan apabila kerap dilambakkan dengan watak sebegitu sehingga hari ini.

“Watak itu memang dicipta untuk kecaman abadi. Sebabnya, di mana-mana saya pergi pun hingga kini masih melekat dengan panggilan Ustaz Hamadi,” kongsinya.

Walid – Faizal Hussein

ANTARA watak penunggang agama paling kontroversi tahun 2024 adalah Walid Muhammad lakonan Faizal Hussein dalam drama bersiri Bidaah terbitan Viu.

Dipaparkan sebagai ketua ajaran sesat, Jihad Ummah dengan membawa kepercayaan terhadap pengikutnya dengan ajaran menyimpang dari agama sebenar di sebalik penampilan alim. Impak Walid turut membawa tuah apabila drama tersebut tular sehingga ke Indonesia, Brunei dan Singapura.

Dialog seperti ‘pejamkan mata, bayangkan muka Walid’ antara yang viral dalam media sosial sehingga ke hari ini. Penulis skripnya, Erma Fatima berkata, dia menekankan mesej mengenai penunggang agama yang merosakkan akidah orang lain demi memenuhi kepentingan diri sendiri.

Iman – Rosyam Nor

TAHUN lalu, Rosyam Nor mencetuskan fenomena luar biasa menerusi watak Iman dalam drama Keluarga Itu. Memegang peranan sebagai tokoh tahfiz yang dihormati dan dermawan, Iman bagaimanapun dipotretkan menyimpan rahsia gelap serta mempunyai sisi peribadi yang hitam termasuk ketagih seks dan melakukan sumbang mahram dengan merogol anak kandung sendiri.

“Saya pelakon dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa watak sebegitu kerana drama adalah platform yang boleh mendidik masyarakat,” ujarnya.
Iman menjadi sebutan ramai, dalam media sosial Rosyam dipuji, dibenci dan diingati, terutama aksi mengigit bibirnya yang ‘menyeramkan’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI