fbpx
Gambar hiasan.

Wang tunai, barang kemas RM98,000 kena kebas bomoh tilik nasib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TANGKAK – Seorang warga emas kerugian RM98,000 setelah diperdaya oleh ‘bomoh’ tilik nasib scammer dalam tawaran perubatan tradisional secara bersemuka, 23 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd. Talib berkata, pihaknya menerima satu laporan polis daripada seorang wanita warga tempatan yang berumur 69 tahun berkaitan penipuan tawaran perubatan tradisional itu, semalam.

“Suspek telah membuat tilikan pada 23 Januari pada mangsa dan memberitahu bahawa mangsa akan ditimpa nasib malang dalam masa terdekat. Bagi menghapuskan nasib malang ini, mangsa dikehendaki menyerahkan wang tunai dan barangan kemas miliknya untuk upacara mentera bagi menolak bala.

“Atas dasar percaya dengan perubatan yang hendak dilakukan, mangsa telah mengeluarkan wang simpanan berjumlah RM90,000 dari bank dan barangan
kemas milik mangsa dianggarkan bernilai RM8,000 untuk diserahkan kepada suspek bagi mengubati mangsa,”katanya dalam satu kenyataan.

Roslan berkata, suspek kemudiannya masuk ke dalam kereta jenis perodua Axia dan mengambil satu plastik hitam dan mengarahkan supaya mangsa meletakkan wang tunai dan barangan kemas di dalamnya untuk dijampi.

Setelah selesai, suspek pergi ke belakang kereta tersebut dan membawa plastik hitam untuk diserahkan kembali kepada mangsa.

Beliau berkata, suspek telah mengarahkan mangsa supaya tidak membuka plastik hitam tersebut selama sebulan.

“Namun selepas tiga hari mangsa telah membuka plastik hitam itu dan mendapati wang tunai dan barangan kemas miliknya sudah tiada dan ianya telah ditukar kepada makanan berupa mi segera, beberapa paket garam halus dan dua botol air mineral,”katanya sambil berkata kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN