fbpx
HAALAND kembali menemui sentuhan selepas meledak satu gol ketika City membenam cabaran Galatasaray awal pagi semalam. - AFP

UCL: Man. City ‘curi’ slot automatik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola menarik nafas lega selepas skuad kendaliannya mara ke pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara (UCL) menerusi kelayakan automatik.

The Citizens memastikan mereka tidak perlu mengharungi aksi playoff selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Galatasaray pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Etihad awal pagi semalam.

Lebih manis, perlawanan itu turut menyaksikan penyerang, Erling Haaland berjaya menamatkan kemarau jaringan selepas meledak satu gol, manakala satu lagi gol dijaringkan pemain sayap, Rayan Cherki.

“Sudah tentu kami sangat lega dan gembira untuk menamatkan saingan liga sepusingan (round-robin) dalam kelompok lapan teratas. Semua orang tahu saingan Liga Juara-Juara sudah berbeza berbanding dahulu.

“Pada 16 atau 17 tahun lepas, kelayakan ke pusingan kalah mati tidak sukar seperti ini. Sekarang, setiap pasukan yang bertanding sangat kuat, jadi saya gembira kerana kami dapat melepasi cabaran itu,” kata Guardiola.

Sementara itu, beliau juga gembira kerana mereka memiliki banyak masa untuk melakukan persiapan sebelum aksi kalah mati yang akan berlangsung Mac depan selain masih ada pemain berdepan masalah kecederaan.

“Kami memiliki tempoh yang cukup panjang sebelum pusingan 16 terbaik bermula. Memandangkan kami sudah layak, kami boleh berada dalam keadaan lebih tenang dan berharap pemain-pemain yang cedera akan pulih sepenuhnya,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI