fbpx
Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel sudah menyertai sesi latihan rasmi skuad JDT sejak semalam. - Foto ihsan Johor Southern Tigers

Tiga bintang JDT boleh beraksi dalam Liga Malaysia – MFL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) memberi lampu hijau buat tiga pemain warisan Harimau Malaya yang mewakili kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk turun beraksi pada kempen Liga Super menentang Imigresen FC, Ahad ini.

Sebagai rekod, tiga pemain berkenaan iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel
telah dihukum gantung 12 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) susulan isu pemalsuan dokumen.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan MFL, arahan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk memberikan penangguhkan sementara hukuman telah diterima menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“MFL hari ini mengesahkan telah menerima pemakluman rasmi daripada FAM berhubung keputusan FIFA untuk menangguhkan penggantungan terhadap tujuh pemain warisan di peringkat domestik dan benua secara serta-merta.

“Daripada tujuh pemain terlibat, tiga pemain daripada kelab JDT iaitu Joao Figueiredo, Jon Irazabal dan Hector Hevel kembali dibenarkan beraksi dalam mana-mana pertandingan Liga Malaysia susulan keputusan CAS untuk membenarkan permohonan Penangguhan Pelaksanaan (Stay of Execution),” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI