fbpx
Pelaku memukul seorang lelaki kerana berang ditegur menghisap rokok sambil membawa bayi. - Instagram

Suami isteri hisap rokok sambil bawa bayi dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sepasang suami isteri di Indonesia menerima kecaman orang ramai selepas menyerang seorang lelaki yang menegur mereka kerana menghisap rokok sambil membawa bayi, lapor portal berita Ketik. 

Kejadian berlaku di Jalan Palmerah Barat, Jakarta Barat pada Jumaat lalu. 

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @mintadisundut menunjukkan pasangan suami isteri itu menaiki motosikal sambil menghisap rokok. 

Selain membawa bayi, mereka tidak memakai topi keledar, selain motosikal yang digunakan tidak mempunyai nombor pendaftaran kenderaan. 

Pasangan itu ditegur oleh seorang lelaki tetapi tidak diendahkan, menyebabkan dia menyimbah air ke tangan si isteri yang sedang memegang rokok. 

Perbuatan tersebut mencetuskan kemarahan si suami, menyebabkan dia mengancam untuk membunuh dan memukul kepala mangsa. 

Ketua Polis Palmerah, Pesuruhjaya Gomos Simamora berkata, siasatan sedang dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI