fbpx
ANGGOTA bomba bertungkus lumus memadamkan kebakaran belukar seluas hampir 0.81 di Kampung Masyarakat Jasa, Pagoh, Muar malam tadi. Foto IHSAN BOMBA

Belukar di Pagoh seluas hampir 0.81 hektar pula terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MUAR – Satu kebakaran belukar seluas hampir 0.81 hektar telah berjaya dikawal pihak bomba di Kampung Masyarakat Jasa, Pagoh, malam tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba Pagoh, Penolong Penguasa Bomba Mohd Fadli Ismail, pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 8.06 malam tadi.

“Setibanya di lokasi, terdapat kebakaran melibatkan lalang dan belukar dengan keluasan dianggarkan sekitar 0.809 hektar.

“Pihak bomba telah melaksanakan kerja-kerja pemadaman menggunakan dua pancutan air serta satu aliran hose sepanjang 500 kaki yang disambungkan daripada jentera bomba dan pili bomba berdekatan sehingga kebakaran berjaya dipadam sepenuhnya. Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd. Fadli, kebakaran berjaya dikawal dan dipadam sepenuhnya setelah lebih dua jam operasi dijalankan.

“Punca kejadian dipercayai daripada pembakaran sampah yang tidak dikawal di kawasan kejadian. Pihak bomba menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada serta mengelakkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan risiko kebakaran, khususnya dalam keadaan cuaca kering,” katanya.

Seramai tujuh orang anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pagoh telah digerakkan bersama satu jentera ke lokasi kejadian diketuai oleh Komander Operasi, PBK Husaini Eddy Mustafa. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI