fbpx
Tangkap layar video memaparkan seorang pekerja pusat membeli-belah di Jepun menegur seorang lelaki yang membasuh kakinya di singki ketika mengambil wuduk.

Ambil wuduk angkat kaki dalam singki ‘big no’ di Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan seorang pelancong dari Indonesia mengambil wuduk dengan mengangkat kaki ke dalam singki tandas awam di sebuah pusat beli-belah di Jepun menimbulkan kontroversi dalam kalangan netizen.

Insiden itu menjadi tular selepas video berkenaan dikongsi penduduk Jepun, Haruka di platform Threads.

Semakan Kosmo! menerusi video itu mendapati, lelaki tersebut membasuh kaki di singki yang biasanya digunakan untuk mencuci tangan.
“Ini sangat tidak bersih dan bertentangan dengan budaya kebersihan Jepun. Kebanyakan orang di sini tidak mahu menggunakan singki itu selepas kejadian ini,” kata Haruka.

Dalam budaya Jepun, kebersihan persekitaran awam dititikberatkan dan menggunakan singki untuk mencuci kaki dianggap perbuatan yang tidak wajar.

Video tular itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan sesetengah mereka menegaskan kepentingan memahami budaya tempatan.

“Pergi negara orang, ikut adat dan budaya mereka. Jangan buat sesuatu yang dilarang di negara orang. Kita melancong, pada masa sama bawa imej negara kita, jadi follow the rules (ikut peraturan),” pesan Syahmi.

Ada juga yang berpandangan pihak pengurusan pusat beli-belah di Jepun boleh menyediakan kemudahan khas bagi pelancong Muslim untuk mengambil wuduk.

“Kalau ada tempat wuduk khas, mungkin boleh dipertimbangkan oleh pihak mall (pusat beli-belah). Senang untuk pelancong Islam ambil wuduk. Kasihan kadang-kadang terpaksa guna botol air bila ke negara orang. Dalam tandas dah tak ada paip, memang agak susah,” kata Helmi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN