fbpx
Paparan di laman XE Coverter pagi ini berhubung nilai mata wang ringgit Malaysia.

Ringgit makin kukuh, cecah RM3.92 berbanding AS$1 pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Nilai Ringgit Malaysia (RM) mencatatkan pengukuhan luar biasa apabila mencecah paras RM3.92 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS), sekali gus disifatkan antara yang paling kukuh dalam sejarah.

Berdasarkan paparan penukar mata wang Xe, kadar pertukaran semasa menunjukkan AS$1 bersamaan RM3.9225, berbanding semalam yang berada pada paras RM3.95.

Pengukuhan tersebut mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen yang rata-rata meluahkan rasa terkejut dan teruja dengan prestasi ringgit ketika ini, apatah lagi selepas tempoh panjang mata wang negara itu berada pada paras melebihi RM4.
Ada yang menyifatkan perkembangan itu sebagai petanda positif terhadap ekonomi negara, manakala sebahagian lagi berharap trend pengukuhan tersebut dapat dikekalkan dalam jangka masa panjang.

“Tak sangka ringgit boleh turun sampai bawah RM4, macam mimpi,” tulis seorang netizen.

“Kalau betul ekonomi makin stabil, rakyat harap harga barang pun ikut turun,” komen pengguna lain.

Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak berkuasa kewangan berhubung perkembangan tersebut, namun pemerhati ekonomi menjangka sentimen pasaran global dan aliran masuk pelaburan asing antara faktor utama pengukuhan ringgit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN