fbpx
GAMBAR HIASAN.

Purata harga rumah di Malaysia RM490,376 seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Indeks Harga Rumah Malaysia (IHRM) setakat separuh tahun pertama tahun lalu berada pada 227.3 mata iaitu pada purata harga RM490,376 seunit.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, indeks itu adalah berdasarkan laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC)

“HRM sebagai penunjuk statistik yang mengukur perubahan purata harga rumah dari semasa ke semasa berbanding dengan satu tahun asas yang ditetapkan pada nilai 100.

“Dalam senario Malaysia, tahun asas ditetapkan pada 2010. Secara ringkasnya, indeks ini tidak menunjukkan harga rumah secara mutlak tetapi arah dan kadar perubahan harga rumah, sama ada meningkat, menurun atau stabil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) berhubung langkah kerajaan mengawal kenaikan mendadak harga rumah.

Aiman Athirah berkata, KPKT cakna terhadap isu peningkatan harga rumah yang berpotensi memberi kesan langsung kepada kemampuan rakyat untuk memiliki rumah yang sesuai, selamat dan berkualiti.

Justeru, katanya, pihaknya melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menetapkan siling harga RM300,000 mengikut Dasar Perumahan Mampu Milik Negara bagi memastikan harga kediaman terkawal, stabil dan tidak membebankan rakyat.

Selain itu, KPKT turut melaksanakan pemetaan harga rumah mampu milik bagi memastikan harga ditetapkan selaras dengan kemampuan rakyat. Pemetaan harga rumah mampu milik berdasarkan pendapatan median mengikut negeri dan daerah hasil Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah pada 2024.

Jelas beliau, pemetaan itu menjadi rujukan bagi penetapan harga rumah di satu-satu lokaliti dan boleh diakses di papan pemuka maklumat rumah mampu milik di laman web Malaysian Urban Observatory (MUO) – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI