fbpx
Gambar hiasan

Tipu mesin bitcoin lebih setengah juta, wanita didenda RM35,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Seorang wanita didenda RM35,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menipu dalam urusan pembelian mesin bitcoin.

Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Lim Pei Pei, 40, membuat pengakuan tersebut bagi pertuduhan pilihan. Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman penjara 12 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan pilihan, ibu empat anak itu menipu pengurus operasi syarikat komputer dengan menawarkan pembelian mesin bitcoin sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang berjumlah RM599,100.

Kesalahan dilakukan di sebuah pusat perdagangan di Jalan Sentul, di sini, pada 16 Disember 2017 dan 5 Januari 2018 lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Izzat Amir Idham mencadangkan mahkamah mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.

Pei Pei yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan kerana tiga anaknya yang berusia 13 hingga 15 tahun masih bersekolah selain sudah bercerai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI