fbpx
NUR AMIRA menunjukkan lebih 200 gram emas yang digadaikan oleh pelanggan hanya dalam tempoh kurang tiga jam ketika ditemui di kedainya di Port Dickson semalam. – NOR AINNA HAMZAH

‘Tak sampai 3 jam, 200 gram emas digadai’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Sebuah premis membeli emas terpakai di sini tidak menang tangan me­layan kehadiran pelanggan yang datang seawal pukul 10 pagi semata-mata untuk menjual semula barang kemas mereka.

Pemilik MF Gold Trading, Nur Amira Yusri, 28, berkata, hanya dalam tempoh tiga jam beroperasi, premisnya telah menerima lebih 200 gram emas terpakai yang digadai oleh lebih 20 individu.

Katanya, jumlah yang dikutip itu agak besar memandangkan orang ramai mengambil peluang untuk mendapatkan wang tunai susulan kenaikan harga emas di pasaran yang melebih RM600 segram.

“Kami bukan 10 pagi dan belum sampai tengah hari, sudah 200 gram emas yang digadai daripada lebih 20 pelanggan.

“Memang terdapat trend penjualan semula emas dalam kalangan pembeli lebih-lebih lagi emas kini agak tinggi harganya.

“Malah, individu yang beli emas pada bulan Ogos tahun lalu juga datang untuk menjual semula emas miliknya,” kata­nya yang mengusahakan kedai itu bersama suami, Mohamad Farhan Hasanuddin, 31, sejak tahun 2022.

Katanya, pada Ogos lalu, harga semasa emas adalah sekitar RM400 segram, tetapi kini me­lonjak sehingga mencecah RM600 segram.

“Kurang enam bulan, pembeli sudah boleh dapat keuntungan jika jual kembali emas masing-masing,” katanya.

Menurut Nur Amira, kebanya­kan individu yang menjual emas terdiri daripada golongan wanita dan ada juga dalam kalangan peniaga yang mahu mendapat modal bagi memperbesarkan perniagaan.

“Memandangkan emas sekarang menjadi aset paling bernilai, kami tetap berhati-hati bagi mengelak terbeli emas hasil dari kes kecurian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN