fbpx
Aminah menunjukkan bahagian belakang rumah pusaka keluarganya yang telah roboh di Kampung Bukit Abal, Pasir Puteh.

Kisah sedih dua beradik di Bukit Abal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PASIR PUTEH – Seorang ibu tunggal tabah menjaga kakaknya yang juga orang kurang upaya (OKU) di rumah pusaka berusia lebih 70 tahun yang hanya me­nunggu masa untuk rebah di Kampung Bukit Abal di sini.

Aminah Abdul Rahim, 56, tinggal di rumah itu bersama kakak­nya, Rahimah, 68, yang merupakan OKU mental dalam keadaan bergelap selepas terputus bekalan elektrik sejak dua bulan lalu akibat kerosakan litar.

“Kami hanya guna lilin pada waktu malam. Saya sangat bimbang dengan keadaan ini, tetapi kami tiada pilihan lain. Rumah ini satu-satunya tempat kami berte­duh.

“Setiap kali hujan, kami menadah air dan sering basah kuyup kerana kebanyakan atap sudah bocor, lantai pula banyak yang reput” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Menurutnya, permohonan bantuan baik pulih rumah telah dibuat, namun sehingga kini belum ada sebarang tindakan.

Bagaimanapun, Rahimah ber­nasib baik apabila meneri­ma bantuan bulanan Jabatan Keba­jikan Masyarakat sebanyak RM600, manakala Aminah pula mendapat bantuan am berjumlah RM250 sebulan.

“Jumlah itu sekadar cukup untuk keperluan asas dan makanan harian kami, tetapi kami tidak mampu untuk baiki rumah ini. Saya harap ada pihak yang sudi membantu,” katanya.

Aminah mempunyai seorang anak tunggal, Ani Najihah Abdullah, 15, namun terpaksa ditempatkan di Rumah Anak Yatim Banggol Judah, Machang.

“Saya tidak mampu untuk menjaganya. Penempatan Ani Najihah di rumah itu merupakan langkah terbaik demi masa depannya,” ujarnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi abang kepada Aminah, Abdul Kadir di talian 019-934 5412.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN