fbpx
Nora mengingatkan golongan pempengaruh supaya menjaga etika kerana ia boleh mero­sakkan nama influencer lain.

Kalau tak dijemput, jangan datang – Nora

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pempe­nga­ruh media sosial, Nora Lunia mengi­ngatkan golongan itu supaya sentiasa menjaga etika ketika membuat ulasan di restoran makanan terutama sekiranya hadir tanpa jemputan pemilik.

Menurut Nora, sebagai individu yang dikenali, beliau memilih untuk datang ke premis makanan seperti pelanggan bia­­­sa sekiranya mahu berkongsi pe­ngalaman peribadi tanpa sebarang persetujuan komersial.

“Kalau saya jumpa kedai yang tidak popular atau tular, tetapi makanannya sedap, saya datang sebagai pelanggan biasa. Sebagai influencer, kita tidak perlu mengganggu operasi kedai. Buat ulasan secara jujur,” katanya kepada Kosmo!.

Nora berkata, status sebagai pemengaruh tidak meletakkan seseorang itu istimewa berban­ding pelanggan lain.

“Walaupun individu itu influencer, dia tetap manusia biasa. Kalau datang makan, kena bayar macam orang lain,” katanya.

Mengulas isu permintaan makan secara percuma atau meminta bayaran, Nora berkata, pempengaruh tidak berhak menuntut sebarang keistimewaan sekiranya tiada persetujuan dengan pemilik kedai.

“Jika tidak ada persetujuan de­ngan pemilik, individu itu tidak layak makan secara percuma. Melainkan pemiliknya mahu belanja,” ujarnya.

Menurutnya, pempengaruh yang datang tanpa jemputan wajib membuat bayaran seperti pe­langgan lain.

“Tak kisah anda influencer atau siapa, kalau kedai itu tidak menjemput anda, wajib bayar,” ka­tanya.

Nora turut mencadangkan pempengaruh yang mahu membuat ulasan berbayar berhubung terlebih dahulu dengan pemilik bagi mendapatkan persetujuan.

“Kalau nak ulasan berbayar, kena hubungi dahulu pemilik kedai. Kalau tidak setuju, buat sahaja ulasan jujur,” ujarnya.

Nora mengingatkan bahawa pempengaruh merupakan figura awam yang membawa imej kepada komuniti pempengaruh secara keseluruhannya.

“Kalau seorang pempengaruh itu tidak menjaga etika atau profesionalisme, dia boleh mero­sakkan nama influencer lain,” katanya.

Sehubungan itu, Nora mencadangkan pemilik premis supaya menetapkan polisi jelas berkaitan ulasan dan bayaran bagi mengelak salah faham.

“Pemilik kedai boleh letak polisi, misalnya ‘tiada bayaran review dikenakan’. Zaman sekarang zaman tular, jadi undang-undang dan garis panduan perlu lebih ketat,” katanya.

Tambah Nora, ketelusan antara pempengaruh dan pemilik perniagaan penting bagi memastikan ekosistem pemasaran digital yang sihat dan beretika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN