BAGI memperkasa kerjasama strategik dalam bidang tadbir urus, integriti, pendidikan, latihan dan penyelidikan berkaitan jenayah ekonomi, Universiti HELP dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) baru-baru ini. Canselor dan Pengasas Bersama Universiti HELP, Prof. Datuk Dr. Paul Chan Tuck Hoong berkata, kerjasama tersebut menyediakan rangka kerja antara kedua-dua institusi dalam pendidikan pascasiswazah, program latihan eksekutif dan profesional, penyelidikan gunaan, penerbitan serta inisiatif berkaitan dasar. Ia menggabungkan pengalaman SPRM dalam penguatkuasaan antirasuah dan pembangunan integriti dengan kepakaran……














