fbpx
MUHAMMAD Kifli menunjukkan sebuah kereta mewah yang disita atas kesalahan tiada lesen LKM dan insurans selain mempamerkan nombor pendaftaran palsu di Stesen Penguatkuasaan JPJ Karak, di Bentong hari ini.

Tujuh jam sita 133 kenderaan termasuk enam kereta mewah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BENTONG – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita sebanyak 133 buah kenderaan bernilai RM2 juta dalam Ops Khas Motosikal selama tujuh jam hari ini.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, sepanjang operasi bermula pukul 6 pagi itu, sebanyak 1,203 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan tertinggi dikesan adalah tidak memiliki lesen memandu iaitu sebanyak 274 notis, tidak memperbaharui atau tiada Lesen Kenderaan Motor (LKM) (232) dan tiada perlindungan insurans (193).

“Daripada jumlah kenderaan disita, sebanyak 110 motosikal dengan lapan buah motosikal berkuasa tinggi, 21 buah kereta termasuk enam kereta mewah, sebuah van serta lori.

“Sebuah daripada kereta mewah yang disita bukan sahaja tiada LKM dan perlindungan insurans, tetapi menggunakan nombor pendaftaran kenderaan lain.

“Untuk kes ini, JPJ mengambil dua tindakan ke atas pemandu dan pemilik kerana tiada LKM dan insurans, serta Seksyen 108 iaitu memalsukan nombor pendaftaran dengan hukuman denda RM5,000 hingga RM20,000,” katanya pada sidang akhbar di Stesen Penguatkuasaan JPJ Karak, di sini hari ini.

Seramai 183 anggota dan pegawai JPJ dari Ibu Pejabat, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang terlibat dalam operasi membabitkan laluan dari Gombak hingga Karak itu.

Beliau berkata, JPJ memandang serius trend pemandu yang kerap menggunakan atau mempamerkan nombor pendaftaran lain bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan.

“Pelbagai motif mereka berbuat demikian dan paling ketara mahu mengelak tindakan penguatkuasaan terutaman kamera AwAS (Automated Awareness Safety System),” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN