fbpx
Clemont diburu selepas melarikan diri semasa menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap, kelmarin.

Clemont, tahanan reman lolos dari Hospital Sungai Bakap diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Seorang tahanan reman dikenali sebagai, S. Clemont, 47, dilaporkan meloloskan diri ketika menerima rawatan di Hospital Sungai Bakap, di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Alwi Zainal Abidin berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.45 petang dan laporan mengenai insiden itu diterima daripada anggota polis yang ditugaskan mengawal suspek.

Katanya, ketika kejadian suspek dipercayai memakai pakaian hospital berwarna biru dan putih. Suspek direman berhubung kes di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379A Kanun Keseksaan iaitu pecah rumah dan mencuri motosikal di Sungai Bakap.

Katanya, lelaki itu dibawa ke Hospital Sungai Bakap pada 22 Januari lalu untuk mendapatkan rawatan kerana sawan. Susulan kejadian itu, pihak polis melancarkan Op Tutup bagi mengesan dan menahan semula suspek terlibat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI