fbpx
Keadaan tanah runtuh di lereng Gunung Burangrang, Bandung Barat hari ini. - ANTARA

Tanah runtuh landa Bandung Barat, 8 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Satu kejadian tanah runtuh mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang, manakala lebih 80 lagi hilang di pulau utama Indonesia, Jawa hari ini, kata seorang pegawai bencana.

Dicetuskan oleh hujan lebat, tanah runtuh melanda dua buah kampung di Bandung Barat sekitar pukul 2.30 pagi (waktu tempatan) dan menimbus kawasan perumahan.

Jurucakap agensi bencana kebangsaan atau BNPB, Abdul Muhari mengesahkan bahawa lapan orang terbunuh.

“Sehingga Sabtu (hari ini) pukul 10.30 pagi (waktu tempatan), berpuluh-puluh penduduk dilaporkan selamat, manakala 82 orang masih dicari,” katanya dalam satu kenyataan.

Bencana itu menyusuli banjir dan tanah runtuh akhir tahun lalu yang mengorbankan kira-kira 1,200 orang dan menyebabkan lebih 240,000 lagi kehilangan tempat tinggal di pulau Sumatra.

Datuk Bandar Bandung Barat, Jeje Ritchie Ismail memberitahu pemberita bahawa pihak tentera, polis dan sukarelawan sedang membantu dalam pencarian mangsa yang hilang.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran bahawa rupa bentuk bumi sangat sukar dan tanahnya masih tidak stabil.

Agensi mencari dan menyelamat tempatan berkata, ia sedang menjalankan penggalian secara manual, menyembur tanah dengan pam air dan menggunakan dron untuk mencari mangsa. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN