fbpx
Fadhlina bertemu JPN Selangor bagi membincangkan isu sekolah padat.

Isu sekolah padat jangan dibiar berlarutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menteri Pendidikan menegaskan isu sekolah padat yang melibatkan kelas sesak dan kekurangan prasarana tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga menjejaskan pembelajaran murid.

Fadhlina Sidek berkata, usaha menangani masalah berkenaan tidak seharusnya bergantung kepada isu tular di media sosial, sebaliknya perlu dilaksanakan secara berterusan dan bersungguh-sungguh sebagai tanggungjawab pentadbiran.

“Sekolah padat, kelas sesak dan prasarana tidak mencukupi akan memberikan kesan kepada pembelajaran yang berkesan.
“Saya panggil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bersama pasukan saya untuk memastikan isu ini segera ditangani dengan bersungguh-sungguh,” katanya dalam satu hantaran di Facebook di sini hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 181 sekolah padat dikenal pasti di Selangor dan pihak Kementerian Pendidikan telah meluluskan segera semua pembinaan bilik darjah tambahan bagi sekolah-sekolah tersebut.

“Saya juga telah mengarahkan waran guru ditambah bagi menangani isu kekurangan guru bagi sekolah padat.

“Semua pembinaan bilik darjah tambahan ini akan dibina dengan segera secara berfasa. Dalam masa yang sama sekolah -sekolah baharu yang sedang dibina akan diberikan perhatian segera,” katanya.

Katanya, Rancangan Pendidikan Malaysia 2026-2035 mengutamakan suasana pembelajaran yang kondusif dan prasarana yang selesa bagi meningkatkan mutu pendidikan.

“Jangan kerja sebab viral (tular), kita kerja kerana itu memang kerja kita.

“Mesyuarat selanjutnya adalah bersama Pengarah JPN Kedah untuk menangani sekolah padat di negeri Kedah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN