fbpx
Anggota Perhilitan sedang mengangkat bangkai tapir yang dilanggar dalam kemalangan maut di KM 320.5, LPT 2 berhampiran Kerteh, Kemaman hari ini.

Penunggang ‘Ysuku’ maut rempuh tapir di LPT 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEMAMAN – Gara-gara gagal mengelak seekor tapir yang dikatakan tiba-tiba melintas jalan, seorang juru perancah tapak pembinaan maut kemalangan di Kilometer (KM) 320.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Kerteh, di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 1 pagi itu, mangsa, Iffil Nazwa Aziman, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15 maut akibat kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sewaktu kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Pinang Baru, Dungun selepas makan di sebuah kedai di Kerteh di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal Yamaha Y15 ditunggangi mangsa dikatakan gagal mengelak tapir seberat 200 kilogram sebelum melanggar haiwan itu sehingga mati.

“Impak rempuhan itu juga menyebabkan mangsa terjatuh di atas lebuh raya sebelum dipercayai digilis sebuah kenderaan lain yang masih belum dikenalpasti,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI