fbpx
Hana ketika ditemui pemberita selepas prosiding melibatkan Da'i Syed di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

[VIDEO] Saya serah kepada Allah – Isteri Da’i Syed

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – “Saya serahkan semuanya kepada Allah,”

Itu reaksi isteri kepada pendakwah selebriti, Da’i Syed iaitu Hana Ismail, 40, sejurus Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan hukuman penjara 10 tahun serta tiga sebatan terhadap suaminya atas kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.

Menurut Hana, soal kebajikan anak-anak turut diserahkan sepenuhnya kepada ketentuan Ilahi.

“Insya-Allah… semua Allah akan uruskan. Saya serahkan semua kepada Allah dan peguam. Insya-Allah… kita tawakal,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah hari ini.

Terdahulu, di galeri mahkamah, Hana dilihat memeluk suaminya itu berulang kali selepas permohonan bagi penangguhan hukuman dibuat barisan peguam Da’i Syed ditolak oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Adlin Abdul Majid.

Keputusan itu menyaksikan Da’i Syed atau nama sebenarnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 31, terus dihantar ke penjara serta-merta sebaik prosiding mahkamah berakhir.

Untuk rekod, Syed mendirikan rumah tangga dengan Hana pada 3 Disember 2022 dan telah dikurniakan dua anak.

Kosmo! pada 30 Ogos tahun 2024 melaporkan Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan selepas mendapati dia bersalah merogol mangsa di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, tujuh tahun lalu.

Bagaimanapun, pada 20 September tahun sama, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan Da’i Syed dilepaskan sementara selepas dipenjara 21 hari bagi penggantungan pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, di sini pukul 1.35 pagi pada 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN