fbpx
ACOSTA dikait menyertai Ducati musim 2027 selepas pasukan KTM Factory Racing mengesahkan wujud usaha memujuk pelumba itu.

MotoGP: Ducati nafi pujuk Acosta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BOLOGNA – Pengurus Besar Ducati Corse, Gigi Dall’Igna tampil membidas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Aprilia, Massimo Rivola berhubung spekulasi perpindahan pelumba sensasinya, Pedro Acosta ke pasukan itu bagi musim 2027.

Tahun 2027 bakal menyaksikan rombakan besar-besaran memandangkan kebanyakan kontrak pelumba pasukan utama akan tamat pada penghujung tahun ini.

Ketegangan bermula apabila Rivola ketika majlis pelancaran jentera Aprilia bagi musim 2026 minggu lalu mendakwa Acosta hampir pasti menyertai Ducati.

“Saya lihat Rivola lebih banyak bercakap mengenai Ducati berbanding Aprilia pada majlis pembentangannya sendiri. Biarlah dia membuat apa sahaja dakwaan yang dia mahukan,” kata Dall’Igna

Mengulas lanjut mengenai perancangan Ducati, Dall’Igna menegaskan fokus utama pasukan itu adalah melanjutkan kontrak juara dunia bertahan, Marc Marquez.

“Sasaran kami adalah untuk menandatangani kontrak dengan Marc yang merupakan juara dunia, seperti mana kami lakukan bersama Pecco (Francesco Bagnaia) pada 2024. Kami sedang usahakan dan saya yakin ia akan dimuktamadkan sebelum musim bermula,” katanya.

Spekulasi mengenai masa depan Acosta terus menjadi tumpuan selepas pelumba muda Sepanyol itu dikatakan bakal meninggalkan KTM Factory Racing susulan prestasi hambar sepanjang musim 2025.

Pengurus Acosta, Albert Valera yang turut hadir pada pelancaran Aprilia membayangkan bahawa keutamaan adalah untuk mendapatkan tempat di pasukan kilang (factory team) buat pelumba itu, walaupun ada pilihan menyertai pasukan VR46 turut dipertimbangkan.

Setakat ini, hanya pelumba LCR Honda, Johann Zarco dan Diogo Moreira serta pelumba Pramac, Toprak Razgatlioglu yang sudah mengesahkan tempat bagi saingan 2027. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI