fbpx
AARON-Wooi Yik menang set pertama sebelum akur dua set berikutnya ketika berdepan pasangan Denmark kelmarin.

Pertahanan rapuh punca tewas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SELEPAS mempamerkan aksi cukup baik dalam dua kejohanan terdahulu, langkah sempurna beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya tersekat pada Kejohanan Badminton Indonesia Masters.

Bekas juara dunia itu terpaksa akur tersingkir seawal pusingan pertama selepas tewas menerusi keputusan tiga set 22-20, 19-21, 16-21 kepada beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard.

Walaupun bermula langkah kanan dengan memenangi aksi set pertama, namun fokus mereka seolah-olah hilang pada dua set berikutnya apabila melakukan banyak kesilapan mudah sebelum tewas dalam tempoh 63 minit.

Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky mengakui, prestasi kedua-dua anak buahnya kurang menjadi, terutamaya ketika bermain dalam set kedua dan ketiga.

“Hari ini (kelmarin), pertahanan Aaron dan Wooi Yik kurang menjadi ketika set kedua dan ketiga. Banyak kesilapan mudah yang dilakukan selain pukulan jauh kerap terkeluar dari gelanggang,” katanya.

Terdahulu, pasangan No.2 dunia itu mempamerkan aksi cukup baik dalam dua kejohanan terdahulu, iaitu ketika muncul naib juara Terbuka Malaysia selain mara ke separuh akhir Terbuka India.

Selepas ini, mereka akan melakukan persiapan bagi menghadapi jelajah Eropah dengan kejohanan All England yang bakal berlangsung di Birmingham pada 3 hingga 8 Mac depan menjadi keutamaan.

Selain itu, banyak kejohanan penting perlu diharungi Aaron-Wooi Yik sepanjang saingan musim ini, termasuk Piala Thomas di Horsens, Denmark April nanti serta temasya Sukan Asia di Jepun pada September

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN